Seperti ramai sedia maklum, Malaysia telah dilanda dengan bencana banjir yang melibatkan pelbagai negeri serta menyebabkan kehilangan nyawa. Insiden yang berlaku nyata membuatkan beberapa lokasi di Malaysia turut lumpuh.

Melihat kepada isu yang berlaku, Tim Cook menerusi laman Twitter beliau pada hari ini telah mengumumkan akan menyumbangkan bantuan dalam usaha membantu usaha baik-pulih daripada bencana buat Malaysia dan Filipina.

Beliau memaklumkan taufan Rai telah membawa kemusnahan buat dua negara ini sekaligus mengakibatkan kehilangan nyawa.

Tweet Tim Cook beliau serta inisiatif Apple untuk membantu Malaysia dan Filipina turut mendapat perhatian Manny Pacquiao selaku bekas petinju terkenal dunia yang kini bertugas sebagai senator di Filipina.

Diharap usaha yang disalurkan Apple serta pelbagai pihak dalam dan luar negara dalam membantu mangsa banjir sekaligus dapat membantu serta memudahkan mangsa untuk kembali bangkit selepas menghadapi ujian yang melanda.

Ikuti kisah lelaki ini yang mengalami masalah hitam serta berkongsi bagaimana Apple berjaya membantu beliau menjaga kesihatan.

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Alami Kecederaan Pada Lengan, Pemilik Apple Watch Ini Bertindak Failkan Saman Terhadap Apple